Menteri Pengajian Tinggi dalam kerajaan Taliban pada Khamis mempertahankan keputusannya untuk mengharamkan wanita daripada mendapatkan hak pendidikan di universiti.<br /><br />Ujar Nida Mohammad Nadim, tindakannya yang mencetuskan kritikan dari serata dunia itu adalah perlu bagi mengelakkan pergaulan di antara lelaki dan perempuan kerana ia jelas melanggar prinsip Islam.
